Friday, August 21, 2015

Kenapa Masih Ramai Takde Wasiat?

Salam Jumaat..

Rentetan daripada sesi ngeteh/diskusi dengan sepupu pasai wasiat dan perancangan harta pusaka semalam, rata2 orang Melayu (Islam) di Malaysia ni sebenarnya sedar kepentingan buat wasiat.. Tapi kenapa ramai sangat lagi yang takde wasiat... Statistik: 5% je yang ada wasiat (!)...

Walaupun ramai yang ada kesedaran, tapi mungkin ramai jugak yang masih tak tau macamana atau kat mana nak buat... Kurang ilmu pengetahuan...
Lagi satu sebab, walaupun dah ada pengetahuan, tapi mungkin sebab kesuntukan waktu, takde masa nak buat atau tak sempat lagi nak fikir pasai wasiat ni...
Jadi, di sini lah tugas as-Salihin Trustee Berhad dan Islamic Estate Planners (IEP) nya berperanan untuk meningkatkan kesedaran, menyampaikan kaedah, dan memberi khidmat perancangan harta pusaka, wasiat, dan sebagainya kepada semua...
Tanggungjawab kami adalah untuk memberi kemudahan kepada pewasiat, dan memudahkan waris, agar lebih ramai umat Islam di Malaysia ni yang ada wasiat.. Elakkan daripada lebih banyak harta umat Islam yang tertunggak..

(sekarang ada RM67 billion harta tertunggak, bayangkan macam2 boleh buat dengan aset sebanyak tu...)
Hubungi saya untuk keterangan lanjut..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

No comments:

Post a Comment