Sunday, April 3, 2016

Andaikata Suami Isteri Meninggal Serentak

Selamat berhujung minggu...


Harini nak visit balik katun dulu2 berkaitan dgn pembahagian faraid pasangan suami isteri..
Dulu2 dah pernah terangkan pembahagian pusaka jika isteri meninggal, dan jika suami meninggal..
Tapi persoalan timbul dalam situasi apabila kedua2 suami isteri meninggal serentak, seperti dalam kemalangan jalan raya yg banyak berlaku kebelakangan ni.. Macamana pembahagiannya?

Macam dalam filem DoReMi pulak, diorang pun nak kena decide jugak sapa mati dulu, 'Do ke Minah mati dulu?'

Dalam hukum faraid, kena kenalpasti siapa yg mati dulu, baru boleh buat pengagihan pusaka.. Sebab bahagian faraid utk suami dan isteri berbeza.. Dan yg mati dahulu tak dapat lah bahagian faraid drpd yg mati kemudian..

Melalui medical report, mungkin boleh tentukan siapa yg mati dulu.. Tapi kalau last2, medical report pun menunjukkan pasangan memang mati tepat2 pada saat yg sama macamana pulak?

Kalau dalam keadaan macamtu, kenalah gunakan konsep 'yg tua mendahului yg muda', iaitu tengok pada umur, siapa yang lebih tua dianggap mati dulu..

 

Jom rancang harta pusaka semasa masih diberi kesempatan.roger saya untuk appointment dan keterangan lanjut.

#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat

www.facebook.com/pusakaharta
www.pusakaharta.blogspot.com

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.
Sufyan Bakir
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

1 comment: