Sunday, April 3, 2016

Apa hak saya?

Harini ramai yang bertanya tentang harta2 arwah. Samada arwah suami, arwah ayah, arwah abang dan sebagainya. Terutamanya bagi arwah yang tak membuat wasiat. Bagus untuk tahu hak masing2 ke atas harta yang ditinggalkan oleh arwah. Tapi yang lebih penting, sudahkan kita yang hidup ni merancang harta2 kita nanti andai berlaku apa2 kelak, waris2 kita seperti isteri atau anak2 tidak perlu berebut dan menuntut atau meminta2 dari waris lain yang ada hak tapi mereka tak memerlukan harta2 tersebut. Sebabnya lumrah manusia, bila tahu ada hak, cepat je nak menuntut. Tapi lupa yang hak jugak datang dengan tanggungjawab.. Selamatkan diri kita dan keluarga kita dengan membuat perancangan awal supaya waris2 tak berebut2 perihal harta kita.. Rancang harta tak perlu tunggu usia tua sebab ajal mau juga tak mengenal usia..



#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat

www.facebook.com/pusakaharta

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.
Sufyan Bakir
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Tuntutan Harta Sepencarian

Ada tiga keadaan yg membolehkan seseorang membuat tuntutan harta sepencarian terhadap harta pasanganya:
1) kematian
2) penceraian
3) poligami (ni bergantung kepada negeri)


Mengikut faraid, jika berlaku kematian, isteri hanya memperolehi 1/8 daripada harta pusaka suami. Ini bererti, rumah peninggalan suami yang diduduki isteri juga perlu dibahagikan secara faraid.
Isteri boleh meminta belas ehsan waris (ibubapa suami) atau dengan cara membuat tuntutan di Mahkamah Syariah sebagai harta sepencarian namun ada beberapa isu yang mungkin timbul:
1. Tiada ketentuan terhadap harta mana yang akan diperolehi.
2. Proses yang melecehkan.
3. Kemungkinan persengketaan dengan ibubapa mertua atau adik-beradik suami.
4. Juga kemungkinan bersengketa dengan anak.
Pada ketika itu, suami telah meninggal dunia dan tidak berupaya untuk membantu isterinya.

Jika berlaku penceraian/poligami pula, isteri mungkin akan kehilangan rumah tempat tinggal..

Jalan penyelesaian tuntutan Harta Sepencarian adalah dengan membuat deklarasi harta sepncarian sementara suami/isteri masih hidup dan masih harmoni bertujuan:
1. Penzahiran takat sumbangan suami/isteri.
2. Dokumentasi harta sepencarian sebagai bukti di Mahkamah Syariah.
3. Membantu mahkamah membuat keputusan.
4. Dapat menunaikan hak kehartaan pasangan masing-masing sewajarnya.
5. Menyenangkan waris membuat tuntutan.
6. Dapat pelihara kenangan bersama dalam harta yang dihasilkan.

Kebaikan :
1. Deklarasi ini akan mengeluarkan harta tersebut daripada harta pusaka dan tidak tertakluk kepada pembahagian faraid.
2. Dokumen boleh digunapakai apabila tuntutan harta sepencarian dibuat dalam hal perceraian dan poligami.
3. Menjimatkan masa - dapat percepatkan pembahagian harta pusaka yang lain.
4. Harta yang masih dalam pinjaman/hutang boleh diberikan melalui Deklarasi Harta Sepencarian berbanding Hibah (hanya harta yang bebas hutang boleh dihibahkan).

#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat

www.facebook.com/pusakaharta

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.
Sufyan Bakir
0133156405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Andaikata Suami Isteri Meninggal Serentak

Selamat berhujung minggu...


Harini nak visit balik katun dulu2 berkaitan dgn pembahagian faraid pasangan suami isteri..
Dulu2 dah pernah terangkan pembahagian pusaka jika isteri meninggal, dan jika suami meninggal..
Tapi persoalan timbul dalam situasi apabila kedua2 suami isteri meninggal serentak, seperti dalam kemalangan jalan raya yg banyak berlaku kebelakangan ni.. Macamana pembahagiannya?

Macam dalam filem DoReMi pulak, diorang pun nak kena decide jugak sapa mati dulu, 'Do ke Minah mati dulu?'

Dalam hukum faraid, kena kenalpasti siapa yg mati dulu, baru boleh buat pengagihan pusaka.. Sebab bahagian faraid utk suami dan isteri berbeza.. Dan yg mati dahulu tak dapat lah bahagian faraid drpd yg mati kemudian..

Melalui medical report, mungkin boleh tentukan siapa yg mati dulu.. Tapi kalau last2, medical report pun menunjukkan pasangan memang mati tepat2 pada saat yg sama macamana pulak?

Kalau dalam keadaan macamtu, kenalah gunakan konsep 'yg tua mendahului yg muda', iaitu tengok pada umur, siapa yang lebih tua dianggap mati dulu..

 

Jom rancang harta pusaka semasa masih diberi kesempatan.roger saya untuk appointment dan keterangan lanjut.

#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat

www.facebook.com/pusakaharta
www.pusakaharta.blogspot.com

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.
Sufyan Bakir
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad