Wednesday, December 28, 2016

KASIH ANAK ANGKAT...

Ahamdulillah selesai signing perancangan harta pusaka untuk sorang Wak kenalan2 referal kawan sekampungnya..  Dan juga kenalan kepada rakan IEP Md Hanafi Ab Kadir.

Asalnya wak ni pegi berurusan di Pejabat Tanah tapi tak selesai katanya.. Makin lama makin risau tak boleh tido memikirkan perihal pusaka.

Risau dengan situasi diri yang keseorangan setelah kematian isteri dan meninggalkan sorang anak angkat yang dibela dari kecik.. ( dari kalangan anak saudara sendiri ). 

Syukur dapat membantu dari segi peace of mind untuk wak ni..

Buatla perancangan awal.. Kita merancang tp pengahirannya serahkan kepada yg Maha Kuasa.. Tapi sekurang2 nya ada perancangan..

Alhamdulillah dan Syabas wak ada kesedaran awal.... 

"Why worry on uncertainties when u have an option to make it certain. Hope for the best but prepare for the worst."

#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

www.facebook.com/pusakaharta
www.pusakaharta.blogspot.com

Sufyan Bakir
Senior Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

 

Tuesday, December 27, 2016

HIBAH JADI HIBA..

HIBAH JADI HIBA..

Lagi kisah benar dan sebenar.. Mak hibahkan rumah kepada anak perempuan, bila anak perempuan meninggal, suami anak perempuan halau mak mentua... 

 


Salah rancang hibah boleh jadi hiba.. Orang keliling hanya boleh sebut 

" kesian...."

Jom ambik tahu sampai paham.. Buat perancangan harta mengikut kesesuaian. 

Hope for the best.. Prepare for the worst n 

"Why worry on uncertainties when u have an option to make it certain."

#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

www.facebook.com/pusakaharta
www.pusakaharta.blogspot.com

Sufyan Bakir
Senior Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

KENALI WARIS FARAID KITA..

🌅 Kenali waris asas faraid kita... 

🌅 Buat perancangan harta pusaka awal2..

🌅 Harta pusaka kita bukan sahaja milik isteri dan anak2 sahaja.. 

🌅 Jangan ketepikan waris faraid yang lain begitu sahaja takut waris yang tinggal termakan harta batil pulak kelak.. Termakan hak orang lain... 

"Why worry on uncertainties when u have an option to make it certain."

#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

www.facebook.com/pusakaharta
www.pusakaharta.blogspot.com

Sufyan Bakir
Senior Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

 

Wednesday, August 24, 2016

PERKHIDMATAN IEP as-Salihin Trustee Berhad

Alhamdulillah... Penjelasan yang jelas atas ketakpastian bila dah sign wasiat.. Byk perkara2 berbangkit yg perlu diberi pencerahan..


Inilah antara tugas dan khidmat yang diberikan oleh kami sebagai IEP as-Salihin Trustee Berhad. Perkhidmatan terus ke rumah. Buat sampai jelas dan bertindak. Tq Sheila n abang Jaffar..


#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

www.facebook.com/pusakaharta

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.
Sufyan Bakir
0133156405
Senior Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

BICARA RUMAH 50-50

Jom kita sharing some info..

Ramai orang yang salah faham tentang pengagihan harta pusaka apabila berlakunya kematian, terutamanya jika melibatkan aset rumah yang pemiliknya 50% nama suami dan 50% nama isteri..

Ramai orang beranggapan, kalau rumah hakmilik 50-50 ni,
apabila matinya si suami, automatik rumah tu jadi hakmilik isteri 100%..

Sebenarnya bukan begitu..
Sebaliknya, apa yang berlaku, sekiranya TANPA WASIAT, rumah tersebut akan terbahagi kepada beberapa bahagian lagi mengikut pembahagian faraid kepada waris2 yang lain..

Elok2 dua nama je, boleh jadi 5, 6, 7 nama atau lebih lagi..
Terutamanya kalau ada waris yang taknak sepakat, nak menuntut jugak hak ke atas rumah tu..


Contoh mcm dlm gambar tu, ABCDE tu boleh jadi nama anak2 ke, atau nama2 mak ayah suami ke, ataupun nama adik beradik suami..

Jadi, untuk elakkan daripada berlaku macamni, buatlah perancangan harta pusaka siap2 melalui instrumen2 yang ada, seperti wasiat, deklarasi hibah, dan deklarasi harta sepencarian..

#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

www.facebook.com/pusakaharta

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.
Sufyan Bakir
0133156405
Senior Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

HARGA BUKAN BANDINGAN

Dalam dok buat perancangan harta pusaka ni ada yg kata buat kat situ lagi murah.. Buat kat sini mahal.. Buat dengan yg sana tu lagi mudah.. Free pun ada..

Bila dah mula fikirkan perancangan harta pusaka, ambik tahu kos secara keseluruhan. Bukan kos penulisan wasiat awal yg murah sahaja..

Ambik tahu siapa yang akan jadi pentadbir harta lepas tu, berapa pulak kos yang akan dikenakan, siapa yang akan bayar kos tersebut, waris mana yang sanggup nak keluarkan kos, waris nak korek mana sebab harta kita dah beku..

Buat perancangan secara menyeluruh dan ambik tahu.. Bukan sekadar kata dah buat dah... Senang je.. Murah je.. Pastu apa akan berlaku seterusnya taknak ambik tahu.. Tanya kpd yang pernah berpengalaman menguruskan harta pusaka lepas kematian, bukan sekadar tanya untuk proses buat perancangan awal je..


Antara kos2 pentadbiran harta kelak ada yg dikenakan 1.8%, ada yang 2-4% ada yang 5% (maksimum caj yg dibenarkan di bawah akta sykt amanah buat masa ni). Kalau buat dengan individu atau bukan syarikat amanah ada yang lebih tinggi 20-40%.. Pastu samada caj tu ditolak terus drpd harta pusaka ataupun waris yg kena keluarkan kos awal.. Kena ambik tahu..

Jom celik perancangan harta pusaka, gunakan instrument2 yang ada: wasiat, deklarasi hibah, deklarasi harta sepencarian dan lain2 lagi mengikut kesesuaian..

Pusing2 kot mana pun tetap ada kos.. Samada kita yg sediakan sekarang siap2 ataupun waris akan terbeban nanti.. Murah mahal bukan bandingnya...


#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

www.facebook.com/pusakaharta
www.pusakaharta.blogspot.com

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.
Sufyan Bakir
0133156405
Senior Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Sunday, April 3, 2016

Apa hak saya?

Harini ramai yang bertanya tentang harta2 arwah. Samada arwah suami, arwah ayah, arwah abang dan sebagainya. Terutamanya bagi arwah yang tak membuat wasiat. Bagus untuk tahu hak masing2 ke atas harta yang ditinggalkan oleh arwah. Tapi yang lebih penting, sudahkan kita yang hidup ni merancang harta2 kita nanti andai berlaku apa2 kelak, waris2 kita seperti isteri atau anak2 tidak perlu berebut dan menuntut atau meminta2 dari waris lain yang ada hak tapi mereka tak memerlukan harta2 tersebut. Sebabnya lumrah manusia, bila tahu ada hak, cepat je nak menuntut. Tapi lupa yang hak jugak datang dengan tanggungjawab.. Selamatkan diri kita dan keluarga kita dengan membuat perancangan awal supaya waris2 tak berebut2 perihal harta kita.. Rancang harta tak perlu tunggu usia tua sebab ajal mau juga tak mengenal usia..



#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat

www.facebook.com/pusakaharta

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.
Sufyan Bakir
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Tuntutan Harta Sepencarian

Ada tiga keadaan yg membolehkan seseorang membuat tuntutan harta sepencarian terhadap harta pasanganya:
1) kematian
2) penceraian
3) poligami (ni bergantung kepada negeri)


Mengikut faraid, jika berlaku kematian, isteri hanya memperolehi 1/8 daripada harta pusaka suami. Ini bererti, rumah peninggalan suami yang diduduki isteri juga perlu dibahagikan secara faraid.
Isteri boleh meminta belas ehsan waris (ibubapa suami) atau dengan cara membuat tuntutan di Mahkamah Syariah sebagai harta sepencarian namun ada beberapa isu yang mungkin timbul:
1. Tiada ketentuan terhadap harta mana yang akan diperolehi.
2. Proses yang melecehkan.
3. Kemungkinan persengketaan dengan ibubapa mertua atau adik-beradik suami.
4. Juga kemungkinan bersengketa dengan anak.
Pada ketika itu, suami telah meninggal dunia dan tidak berupaya untuk membantu isterinya.

Jika berlaku penceraian/poligami pula, isteri mungkin akan kehilangan rumah tempat tinggal..

Jalan penyelesaian tuntutan Harta Sepencarian adalah dengan membuat deklarasi harta sepncarian sementara suami/isteri masih hidup dan masih harmoni bertujuan:
1. Penzahiran takat sumbangan suami/isteri.
2. Dokumentasi harta sepencarian sebagai bukti di Mahkamah Syariah.
3. Membantu mahkamah membuat keputusan.
4. Dapat menunaikan hak kehartaan pasangan masing-masing sewajarnya.
5. Menyenangkan waris membuat tuntutan.
6. Dapat pelihara kenangan bersama dalam harta yang dihasilkan.

Kebaikan :
1. Deklarasi ini akan mengeluarkan harta tersebut daripada harta pusaka dan tidak tertakluk kepada pembahagian faraid.
2. Dokumen boleh digunapakai apabila tuntutan harta sepencarian dibuat dalam hal perceraian dan poligami.
3. Menjimatkan masa - dapat percepatkan pembahagian harta pusaka yang lain.
4. Harta yang masih dalam pinjaman/hutang boleh diberikan melalui Deklarasi Harta Sepencarian berbanding Hibah (hanya harta yang bebas hutang boleh dihibahkan).

#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat

www.facebook.com/pusakaharta

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.
Sufyan Bakir
0133156405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Andaikata Suami Isteri Meninggal Serentak

Selamat berhujung minggu...


Harini nak visit balik katun dulu2 berkaitan dgn pembahagian faraid pasangan suami isteri..
Dulu2 dah pernah terangkan pembahagian pusaka jika isteri meninggal, dan jika suami meninggal..
Tapi persoalan timbul dalam situasi apabila kedua2 suami isteri meninggal serentak, seperti dalam kemalangan jalan raya yg banyak berlaku kebelakangan ni.. Macamana pembahagiannya?

Macam dalam filem DoReMi pulak, diorang pun nak kena decide jugak sapa mati dulu, 'Do ke Minah mati dulu?'

Dalam hukum faraid, kena kenalpasti siapa yg mati dulu, baru boleh buat pengagihan pusaka.. Sebab bahagian faraid utk suami dan isteri berbeza.. Dan yg mati dahulu tak dapat lah bahagian faraid drpd yg mati kemudian..

Melalui medical report, mungkin boleh tentukan siapa yg mati dulu.. Tapi kalau last2, medical report pun menunjukkan pasangan memang mati tepat2 pada saat yg sama macamana pulak?

Kalau dalam keadaan macamtu, kenalah gunakan konsep 'yg tua mendahului yg muda', iaitu tengok pada umur, siapa yang lebih tua dianggap mati dulu..

 

Jom rancang harta pusaka semasa masih diberi kesempatan.roger saya untuk appointment dan keterangan lanjut.

#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat

www.facebook.com/pusakaharta
www.pusakaharta.blogspot.com

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.
Sufyan Bakir
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad