Harini kita share info tentang hukum faraid melibatkan seseorang (lelaki dan jugak perempuan) yang bujang ataupun yang dah takde pasangan dan tidak juga mempunyai anak.
Ada pelbagai situasi, antaranya:
1. Seperti di dalam gambar..
Si mati masih mempunyai ibu bapa, maka harta2 hanya akan menjadi hak kepada ibu dan bapa sahaja. Adik beradik tiada hak.
2. Mak dah takde, hanya ada bapa dan adik beradik. Yang ni 100% harta akan menjadi hak bapa. Adik beradik tiada hak.
3. Bapa dah tiada, hanya ada ibu dan adik beradik, maka 1/6 bahagian hak ibu, bakinya barulah jadi hak adik beradik (2 bahagian lelaki, 1 bahagian perempuan).
4. Mak sahaja yang tinggal, bapa dan adik beradik dah tiada, hak bahagian mak 1/3 dan 2/3 lagi hak baitulmal.
5. Mak sahaja yang ada, dan adik beradik semua perempuan. Maka hak mak 1/6, lagi 1/6 ke baitulmal, dan baki 2/3 dibahagi kepada adik beradik perempuan sama rata.
6. Kalau semua pun dah takde, contohnya dia sebatang kara, maka semua harta2 nya akan pegi ke Baitulmal.
Ajal jodoh dan maut semua di tangan Allah.. Tak perlu dipertikaikan semua tu.. Rezeki masing2 tak sama. Kita hanya mampu merancang, akhirnya Allah juga yang menentukan semua.
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
Tuan..kalau salah seorang pasangan suami isteri meninggal...dan tiada anak...adakah harta jatuh pd pasangan yg hidup atau adik beradik ada hak....
ReplyDeleteTuan..kalau salah seorang pasangan suami isteri meninggal...dan tiada anak...adakah harta jatuh pd pasangan yg hidup atau adik beradik ada hak....
ReplyDeleteWsalam. Jika bapa kpd si mati masih hidup, harta pusaka hanya akan menjadi hak pasangannya, bapanya, dan ibunya (jika masih hidup) sahaja. Tapi kalau bapanya dah meninggal dulu, barulah ada sebahagian harta pusaka menjadi hak kpd adik bradik si mati.
ReplyDeleteBagaimana dgn pasangan jika yg meninggal adalah perempuan, tiada anak, mak ayah kami juga dh meninggal. Adakah semua simpanan akn pergi kpd suami? Sekarang suaminya tuntut rumah pusaka yg ayah emak kami tinggalkan juga.
ReplyDeleteSuami hanya berhak 1/2 bahagian drpd keseluruhan harta pusaka. Lagi 1/2 bahagian adalah milik adik beradik (jika semua lelaki atau ada lelaki dan perempuan).
ReplyDeletemaaf bertanya jika simati adalah ibu tunggal, dan mempunyai anak perempuan seorang , ibu simati dan adik beradik laki 4 orang dan 3 adik beradik perempuan.. adakah adik beradik simati berhak atas pusaka sebuah rumah ?
ReplyDeleteWaris yang berhak
Delete1. Ibu 1/6 bahagian
2. Anak perempuan 1/2 bahagian
3. Baki bahagi kepada adik beradik lelaki 2 bahagian sorang iaitu 2/33 (6.06%)
4.adik beradik pompuan 1 bahagian 1/33(3.03%) setiap sorang.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteMaaf jika soalan ini sedikit panjang. Harap tuan dpt membantu.
Jika Pasangan (SUAMI & ISTERI) hanya ada 1 Anak Perempuan sahaja, dan SUAMI hanya ada Adik Beradik Perempuan (sudah berkahwin punyai Anak Lelaki) dan begitu juga ISTERI hanya ada Adik Beradik Perempuan (sudah berkahwin punyai Anak Perempuan shj) Kedua2 Ibu Bapa SUAMI ISTERI telah pun meninggal.
Maka JIKA SUAMI ATAU ISTERI Meninggal, bagaimanakah pecahan Faraid utk :-
1) ANAK Perempuan Tunggal Pasangan Suami Isteri tersebut
2) Bahagian SUAMI (Jika Isteri Meninggal) & Bahagian ISTERI (Jika Suami Meninggal)
3) Bahagian Adik Beradik Perempuan simati
4) Bahagian Bapa Saudara Simati & Baitulmal ?
Harap Tuan dapat memberi sedikit penjelasan.
Haris
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSoalan: si mati meninggal. Ibu dan ayah telah tiada,hanya ada adik beradik lelaki dan perempuan.
Waalaikumsalam.
ReplyDeleteKalau kes begini, kesemua adik beradik adalah waris faraid, lelaki dan jugak perempuan.
Apa pecahan jika di bahagikan kepada adik beradik lelaki dan perempuan?
Deleteassalamualaikum..nak tny kalo si mati ibu tunggal da masih mempunyai ibu bapa dan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan..pembahagian faraidnya mcm mne yer.. terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum....Kalau semua pun dah takde, contohnya dia sebatang kara, maka semua harta2 nya akan pegi ke Baitulmal? Tapi bagaimana jika simati ada anak saudara lelaki yg mempunyai talian darah? Adakah anak saudara lelaki berhak mendapatkan harta itu? Terima kasih
ReplyDeleteSalam. Kalau si mati dah kematian bapa dan ada bapa tiri. Ada bahagian ke pada bapa tiri si mati?
ReplyDeleteSimati ada adik perempuan (ada anak 1L & 1P), adik lelaki dah meninggal tapi ada anak (4L & 1P). Suami dan ibubapa dah meninggal. Simati ada seorang anak angkat perempuan yg dipelihara sejak kecil.
ReplyDeleteBagaimana cara pembahagian harta?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteSaya perempuan bujang yang memiliki harta hasil titik peluh sendiri (saya tidak ada mewarisi harta dari arwah ibu dan arwah ayah). Arwah ibu dan arwah ayah saya tidak memelihara saya sejak hari pertama saya dilahirkan sehingga saya dewasa (mereka meninggal dunia semasa saya sudah dewasa dan sudah berharta). Saya tidak ada adik beradik seibu sebapa, saya ialah anak tunggal, tetapi mempunyai adik beradik lelaki dan perempuan yang seibu lain bapa dan sebapa lain ibu. Soalan saya, siapakah yang berhak mendapat faraid / menuntut harta saya andai saya mati?
Boleh kah saya menghadiahkan / mewasiatkan semua harta saya kepada sesiapa selain adik beradik lain tadi?
Jika saya tidak menulis penama untuk semua harta saya, ke manakah semua harta itu akan pergi dan adakah mungkin adik beradik lain tadi / orang lain boleh mempertikai dan menuntut harta saya tersebut?
Terima kasih Tuan.
Nk tnya. Kalau isteri mati. Tiada anak. Ibubapa simati masih hidup dan adik beradiknya masih hidup. Adakah suami simati mempunyai bahagian?
ReplyDeleteAssalam tuan, abang saya seibu tp berlainan bapa telah meninggal dunia. Abang di besarkan oleh ibu. Abang juga ada adik beradik tiri yg sebapa. Bagaimana pembahagian harta utk lelaki dan perempuan. T.kasih
ReplyDeleteAssalamualikum...
ReplyDeleteSaya ingin bertanya. Bagaimanakah harta yang dikumpul oleh si mati (perempuan/lelaki) sebelum berkhawin? Ada yang mengatakan harta tersebut akan diasingkan dan hanya ibu bapa/adik-beradik (si mati) sahaja yang dapat. Bahagian isteri/suami dan anak-anak akan dapat harta yang si mati kumpul selepas berkhawin sahaja.
Terima kasih.
Tuan, klu bapa saudara sy meninggal... Tinggalkan hanya 2 kakak.. Dan ayah sy telah meninggal lama dulu, skrg sy ada abg 3 lelaki.. Siapa kah waris faraid kpd pkcik sy ini... Adakah bapa sy yg telah mati boleh mewarisi dn KEMUDIAN di waris kn kpd anak anak.. Atau pusaka itu turun turun kpd mkcik sy dan abg abg saya sahaja?
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteKes 1
Sekiranya Si mati bujang, Ibu dan Ayah telah meniggal dunia. Hanya ada adik beradik perempuan 3 orang. Dan di sebelah bapa, Pakcik telah meninggal.
Adakah Adik beradik perempuan layak menuntuk hak peniggalan arwah seperti wang KWSP atau Tanah.
Perlukah mencari anak lelaki Pakcik sebelah bapa untuk menuntut hak si mati.
Kes 2
Si mati bujang, ada Ibu tapi ayah telah meniggal dunia. Ada adik beradik lelaki 3 orang dan perempuan 2 orang.
Adakah bahagian untuk adik beradik lelaki dan perempuan?
Assalamualaikum. Saya ada soalan. Kalau perempuan meninggal tanpa ada suami, tidak ada anak tidak ada ibubapa dan ada adik beradik perempuan sahaja, bagaimanakah pembahagian harta beliau?
ReplyDeleteAssalam..
ReplyDeleteKalau isteri meningeal tanpa anak..siapa yg lebih berhak,antara si suami atau ibubapa isteri.. contoh duit EPF..terima kasih tuan
Wsalam..
Delete1/2 utk suami,1/3 dr baki utk ibu dan baki utk bapa.
Assalamualikum...tuan saya nk bertanya klu kakak yg telah meninggal dunia dan ada wang simpanan kwsp duit tu jatuh kepada adaik beradik lelaki dan perempuankan dlm kes saya ni kami sudah tiada kedua ibu bapa mcm mna kiraan faraid tu ya tuan...
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteSaya ada bapa saudara yg oku..dia mempunyai tanah bendang.Baru2 ini kami dapat tahu sepupu kami perempuan iaitu anak kepada arwah adik perempuannya telah menukar hakmilik tanah kepada namanya tanpa pengetahuan pakcik saya yg sebenarnya waris yg layak kpd bapa saudara yg oku ini.Bagaimana cara hendak menuntut kembali hakmilik tanah tersebut.Tanah itu ditukarmilik secara paksa disebabkan bapa saudara x boleh membaca dan dikira sebagai oku.Mohon pencerahan dari pihak tuan.
Assalamualaikum
ReplyDeleteBapa saudara saya meninggal.la sebatang kara.ada anak saudara 4 org ia itu anak abg nya seibu sebapa dan seorang adik lelaki yg yg sama emak tetapi ayah lain.Saya nak tanya bagaimana hukum faraid nya...terima kasih
Assalamualaikum
ReplyDeleteJika seorang wanita bujang meninggal.Ia ada adik beradik Lelaki dan perempuan, Dia hanya meletak satu penama untuk wasiat hartanya sahaja,iaitu penama anak saudara Lelaki dipihak kakak simati. Anak saudara Lelaki itu layak ke terima harta peninggalan simati...Terima Kasih
Assalamualaikum. Tuan
ReplyDeleteJika Anak lelaki saya meninggal. Fia ada Isteri, dan Ayah, Ibu, dua abang lelaki dan seorang adek perempuan.Nak tahu Siapa yg layak menerima fariad harta simati. Ada ka semua dapat bahagian masing2. Terima Kasih.
This comment has been removed by the author.
Deletewslm, saya tlg jawabkan secara ringkas. isteri, ayah dan ibu shj yang akan dapat. sekiranya ayah masih hidup, si ayah tersebut akan menghalang adik-beradik si mati drpd menerima harta pusaka.
Delete