Antara peranan wasiat..
Hak penjagaan anak bawah umur?
Selain dari menentukan soal pembahagian harta pusaka, dokumen wasiat jugak boleh digunakan untuk menentukan hak pejagaan anak bawah umur.
Hak penjagaan ini boleh dinyatakan dengan jelas dalam dokumen wasiat.. Siapa yang wajar atau yang pewasiat hasratkan untuk menjadi penjaga anak2nya kelak. Mungkin sebagai ibu bapa, mereka lebih tahu siapa yang lebih sesuai nak jadi penjaga anak2 tu nanti...
Ada sesetengah kes berlaku pertelingkahan antara ibu/bapa mertua dan suami/isteri apabila berlaku kematian kepada ibu/bapa anak tersebut.
Mungkin sebab hubungan tak berapa baik antara ibu/bapa mertua dan suami/isteri, maka perebutan tu berlaku dan akhirnya merugikan masa depan anak tersebut.
Namun begitu, di dalam wasiat, yang berkuatkuasa hanyalah perlantikan penjaga yang terkait dengan harta milik anak tersebut sahaja.. Perlantikan penjaga untuk menjaga kebajikan anak tersebut tidak berkuatkuasa.. Sebab takde badan yang boleh nak pantau perkara tu..
Cumanya bila ada di sebut di dalam wasiat, sekurangnya waris akan maklum mengenai hasrat pewasiat untuk lantik sapa jadi penjaga kebajikan anak2 yang ditinggalkannya..
Oleh itu menyediakan dokumen wasiat sangat penting kerana ia meliputi
semua aspek kehidupan dan keperluan.
https://www.facebook.com/pusakaharta
Hubungi saya untuk keterangan lanjut..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad
No comments:
Post a Comment