Thursday, August 27, 2015

Perlantikan Penjaga Anak2 Bawah Umur Di Dalam Wasiat


Antara peranan wasiat..

Hak penjagaan anak bawah umur?

Selain dari menentukan soal pembahagian harta pusaka, dokumen wasiat jugak boleh digunakan untuk menentukan hak pejagaan anak bawah umur.

Hak penjagaan ini boleh dinyatakan dengan jelas dalam dokumen wasiat.. Siapa yang wajar atau yang pewasiat hasratkan untuk menjadi penjaga anak2nya kelak. Mungkin sebagai ibu bapa, mereka lebih tahu siapa yang lebih sesuai nak jadi penjaga anak2 tu nanti...
Ada sesetengah kes berlaku pertelingkahan antara ibu/bapa mertua dan suami/isteri apabila berlaku kematian kepada ibu/bapa anak tersebut.
Mungkin sebab hubungan tak berapa baik antara ibu/bapa mertua dan suami/isteri, maka perebutan tu berlaku dan akhirnya merugikan masa depan anak tersebut.

Namun begitu, di dalam wasiat, yang berkuatkuasa hanyalah perlantikan penjaga yang terkait dengan harta milik anak tersebut sahaja.. Perlantikan penjaga untuk menjaga kebajikan anak tersebut tidak berkuatkuasa.. Sebab takde badan yang boleh nak pantau perkara tu..
Cumanya bila ada di sebut di dalam wasiat, sekurangnya waris akan maklum mengenai hasrat pewasiat untuk lantik sapa jadi penjaga kebajikan anak2 yang ditinggalkannya.. 

Oleh itu menyediakan dokumen wasiat sangat penting kerana ia meliputi
semua aspek kehidupan dan keperluan.

https://www.facebook.com/pusakaharta

Hubungi saya untuk keterangan lanjut..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Wednesday, August 26, 2015

ABANG [1981]



Cerita ni tahun 1981.. Rialiti kehidupan... Pelajaran cerita ni bagus.. Lebih kepada pengurusan hidup.. Brotherhood, sisterhood.. Pengurusan harta pusaka..

Sakit nak datang tak dijangka.. Walaubagaimanapun pengurusan harta pusaka masih sempat nak rancang dan tetap perlu dilaksanakan siap2.. Tapi bukan hanya sebab dah tau nak pergi je... Yang dalam cerita ni kes dia dah tau akan pergi, cuma taktau bila je.. Yang taktau langsung, yang pergi secara tiba2, secara mengejut..

Jom tengok cite ni nanti.. Lagu pun best2 pelajaran pun best..
Jom lindungi harta dan keluarga tersayang dengan berwasiat sementara masih ada peluang..

https://www.facebook.com/pusakaharta
Hubungi saya untuk keterangan lanjut..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Wasiat: Kalau Ada Waris Tak Setuju..

Untuk orang Islam:
Pembahagian harta yang mengikut hasrat si mati hanya akan sah sekiranya kesemua waris faraid si mati bersetuju dengan wasiat (jika ada) yang ditinggalkannya tu..
Dalam situasi berwasiat ni, waris faraid ada tiga pilihan:
1) Setuju ikut wasiat
2) Tak setuju, nak ikut bahagian faraid jugak
3) Lepaskan hak (taknak terima apa2 bahagian harta)

Kalau ada antara waris faraid yang tak setuju dengan pembahagian ikut wasiat (kalau wasiat tak ikut faraid), maka waris tersebut sahaja yang akan dapat bahagiannya mengikut faraid. Waris2 lain yang setuju, akan dapat bahagian masing2 mengikut wasiat (setelah tolak yang bahagian faraid tadi)..
Maknanya pembahagian mengikut wasiat tetap akan berlaku ke atas semua waris lain kecuali waris yang tak setuju tu je. Waris yang tak setuju akan dapat bahagia faraid.

Mungkin agak rumit dan mengelirukan.. Memang pun.. Kalau nak explain betul2 memang makan masa lah.. Panjang berjela lak post ni kang..
Tapi itulah hukum ketetapan yang kita mesti ikut.. Tapi lebih baik lagi kalau kita ikut bersama dengan ilmu dan kefahaman.. Baru lah tak tersesat jalan..

Kalau nak tanya lebih detail, boleh lah hubungi saya.. Nak sembang kat wasap je pun takpa, nak koling2 pun ok, nak jumpa ngeteh pun lagi bagus..

https://www.facebook.com/pusakaharta

Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Tuesday, August 25, 2015

Jangan Leka Cari Harta..


Harta benda yang kita miliki sekarang ni takkan secara otomatik menjadi hak milik waris kita apabila kita mati kelak.. Harta tu akan jadi harta pusaka, perlu melaui proses pengagihan kepada waris2 yang berhak..
Proses pengagihan akan lebih mudah jika ada wasiat.
Jangan leka kejar harta semasa hidup ni sampai terlupa pulak nak buat wasiat terhadap harta2 tu tadi..
Kalau tidak, silap2 patutnya didoakan bila kita mati nanti, tapi sebaliknya dapat sumpah seranah lak daripada waris2 sebab tinggalkan keluarga dan/atau sanak saudara dalam keadaan susah dan merana, dibebankan dengan perbelanjaan dan hutang, sebab harta tak dapat nak diagihkan dengan segera sebab tak buat wasiat siap2.. Lagi banyak harta pun mungkin boleh jadi makin menyusahkan..

Jangan sampai jadi macamtu.. Jom dapatkan info terperinci tentang perancangan harta pusaka.. Bila dah ada info, baru senang nak merancang..
Hubungi saya untuk keterangan lanjut..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Friday, August 21, 2015

Kenapa Masih Ramai Takde Wasiat?

Salam Jumaat..

Rentetan daripada sesi ngeteh/diskusi dengan sepupu pasai wasiat dan perancangan harta pusaka semalam, rata2 orang Melayu (Islam) di Malaysia ni sebenarnya sedar kepentingan buat wasiat.. Tapi kenapa ramai sangat lagi yang takde wasiat... Statistik: 5% je yang ada wasiat (!)...

Walaupun ramai yang ada kesedaran, tapi mungkin ramai jugak yang masih tak tau macamana atau kat mana nak buat... Kurang ilmu pengetahuan...
Lagi satu sebab, walaupun dah ada pengetahuan, tapi mungkin sebab kesuntukan waktu, takde masa nak buat atau tak sempat lagi nak fikir pasai wasiat ni...
Jadi, di sini lah tugas as-Salihin Trustee Berhad dan Islamic Estate Planners (IEP) nya berperanan untuk meningkatkan kesedaran, menyampaikan kaedah, dan memberi khidmat perancangan harta pusaka, wasiat, dan sebagainya kepada semua...
Tanggungjawab kami adalah untuk memberi kemudahan kepada pewasiat, dan memudahkan waris, agar lebih ramai umat Islam di Malaysia ni yang ada wasiat.. Elakkan daripada lebih banyak harta umat Islam yang tertunggak..

(sekarang ada RM67 billion harta tertunggak, bayangkan macam2 boleh buat dengan aset sebanyak tu...)
Hubungi saya untuk keterangan lanjut..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Wednesday, August 19, 2015

Bicara Faraid


Antara sebab orang tak buat wasiat ialah 'hukum faraid kan dah ada, buatpa susah2 buat wasiat..'
Sebenarnya, pembahagian mengikut faraid tu hanyalah satu sistem yang telah ditetapkan oleh Allah dalam Al-Quran..
Namun kalau takde orang yang nak melaksanakannya, sistem tu takkan berlaku..
Siapa nak laksanakan?
Wasi yang dilantik dalam wasiat lah yang akan melaksanakan pembahagian secara faraid tu..
Kalau takde wasi yang dilantik, terpaksa lantik pentadbir pulak dengan persetujuan semua waris yang terlibat..
Selagi pentadbir tak dilantik, selagi tu lah harta pusaka tak dapat dibahagikan kepada waris2.. Proses akan jadi lebih rumit dan ambil masa yang lama kalau takde wasi..
Kesian kat waris2 terutama kalau ada yang memerlukan dan bergantung kepada harta pusaka tu untuk meneruskan hidup..
Jom sama2 kita rancang harta pusaka kita semasa masih hidup ni, agar waris dan keluarga kita tak teraniaya..
Hubungi saya untuk keterangan lanjut.. free..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Tuesday, August 18, 2015

Antara Wasi dan Pentadbir

Dalam urusan harta pusaka, ramai orang keliru tentang istilah di antara wasi dan pentadbir.. Harini nak share ringkas je..

Wasi
Individu atau syarikat amanah yang dilantik melalui wasiat untuk melaksanakan kehendak dan arahan terakhir pewasiat.

Pentadbir
Individu atau syarikat amanah yang dilantik atas persetujuan semua waris faraid untuk menguruskan harta pusaka si mati.

Ada beberapa sebab mengapa melantik pentadbir:
1) sebab si mati tak buat wasiat
2) ada buat wasiat, tapi dalam wasiat tak lantik sapa2 jadi wasi
3) ada wasiat dan wasi, tapi wasi dah mati dulu sebelum pewasiat
4) wasi yang dilantik menolak perlantikan (tak kira apa sebab pun)
5) wasi yang dilantik ditentang oleh waris2 faraid yang lain

Dalam wasiat, perkara paling utama ialah melantik wasi.
Siapa yang dilantik pun penting jugak. Banyak kebaikannya kalau lantik syarikat amanah seperti as-Salihin Trustee Berhad sebagai wasi, dapat elakkan perkara 3&4 tu daripada berlaku yang akan mengganggu proses pengagihan harta..
Yang penting keharmonian waris dan keluarga setelah kita tiada kelak..

https://www.facebook.com/pusakaharta

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.. free..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad​

Monday, August 17, 2015

Pintu Wasi vs. Pintu Pentadbir

Bila kita meninggal, waris kita akan lalui proses pengagihan harta pusaka..
Kalau kita ada buat wasiat siap2, prosesnya ringkas dan mudah..
Tapi kalau takde wasiat, waris kita terpaksa melalui proses yang memenatkan, memakan kos yang tinggi dari segi tenaga, masa, dan dana..

Fungsi utama wasiat ni untuk lantik wasi, dan bagi satu kunci kat wasi tu supaya dia dengan mudah dapat bukak pintu yang ada di dalamnya harta pusaka tu.. cepat sikit nak diagihkan..

Kalau takde wasiat, punya banyak kunci yang pentadbir nak kena pi cari dulu untuk nak bukak mangga2 tu.. selagi tak bukak semua mangga, tak boleh la nak bukak pintu.. nak agihkan harta pun jadi lambat..

Jangan sampai harta pusaka kita terkunci kat dalam tu selamanya sebab takde sapa waris yang sanggup nak keluarkan.. sebab payah sangat..

https://www.facebook.com/pusakaharta

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.. free..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Kepentingan Ilmu Faraid

Ilmu faraid ni penting, tapi tak ramai yang tahu.. Ramai jugak yang keliru..
Mana satu waris faraid, mana satu waris bukan faraid, stopper la, waris gantian la.. Berapa pulak pembahagian harta pusaka kepada waris2 faraid tu..
Kadang2 pening jugak nak tengok..
Tapi semua orang kena tahu.. Paling2 pun ambik tahu siapa waris2 dalam keluarga sendiri je dulu..
Agar kita boleh rancangkan pembahagian harta siap2, supaya tak tersilap agih kepada waris yang tak berhak, atau terlupa pulak nak agih kepada waris yang berhak..
Kalau tak tahu, boleh dapatkan khidmat pakar seperti as-Salihin Trustee Berhad..
Hubungi saya untuk keterangan lanjut.. free..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Sunday, August 16, 2015

Sayang Keluarga

Sapa tak sayang keluarga ooooiiiiiii...
Tapi kalau hanya ucapan kat mulut je x cukup.. Jom sertakan dengan plan perancangannya sekali andaikata kita takde kelak terutamanya geng2 bapak2... Tak perlu nak tunggu kaya dulu atau tunggu banyak harta dulu... Atau nak tunggu tua dulu... Takut nanti tak sempat...
Jom lindungi harta2 kita bapak2 sekalian supaya yg sedih2 ditinggalkan kelak tu tidak la tak ketahuan nanti.. Jom set ngeteh cite sepenuh hati takdak malu2 takyah segan2 punya aaihhhh...
Rancanglah harta pusaka kita agar waris kita kelak tak menghadapi masalah dan teraniaya...
Kalau terasa harta tak berapa nak banyak untuk keperluan keluarga kelak, elok jugak kalau buat insurans/takaful siap2... Dah ada takaful baru tenang sikit nak bertawakal...
Hubungi saya untuk keterangan lanjut..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Friday, August 14, 2015

Harta Kita Milik Allah

Salam Jumaat..
Renungan bersama buat semua..
Ramai orang Islam di Malaysia ni berpendapat "harta saya hak milik saya dan suka hati saya nak bagi kat siapa yg saya suka"..
Tetapi mereka sebenarnya lupa..
Harta kita adalah milik Allah SWT yg hanya dipinjamkan kepada kita.. Setelah kita mati, harta kita hendaklah diagihkan semula kepada waris kita mengikut hukum 'Faraid' yg telah ditetapkan oleh Allah SWT dlm Al-Quran.. Antaranya dalam Surah An-Nisa' ayat 11-13..
Ada juga yang lupa...
'Faraid' adalah pembahagian yg ditetapkan kepada waris yg berhak.
Ramai juga yang tak tahu...
Siapa sebenarnya yg bertanggungjawab dalam mengguruskan pembahagian mengikut Faraid tu?
Adakah anak2, adik beradik, atau keluarga kita?
Tapi adakah waris kita tahu pecahan/bahagian Faraid?
Jangan sampai waris atau keturunan kita termakan harta bahagian orang lain (harta batil).. Elakkan waris kita daripada membuat pembahagian yang salah tanpa disedari..
Dapatkanlah bantuan dari sumber yang berkemahiran dan berkepakaran...

Hubungi saya untuk keterangan lanjut..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Thursday, August 13, 2015

Fungsi Wasiat

Ketika seseorang masih hidup, dia ada kuasa milikan penuh terhadap harta dia.. Boleh nak agih, nak belanja, nak tambah, nak bagi kat sapa2, dll.
Tapi bila dah mati, harta tu jadi harta pusaka, tapi waris takkan dapat secara otomatik kuasa milikan tu.
Sebab tu kena ada wasiat..
Ada dua fungsi wasiat.
Fungsi kedua ialah menyampaikan hasrat bagaimana dia nak harta pusaka dia tu diagihkan. Sama rata ke, ikut faraid ke, atau macam2 mana sekalipun..
Fungsi pertama, fungsi utama, ialah menamakan WASI (pentadbir harta pusaka) yang akan mendapat kuasa untuk mengagihkan harta pusaka tersebut..
Fungsi pertama ni lah yang lebih penting daripada fungsi kedua, sebab kalau yang pertama ni takde, yang kedua pun tak dapat nak laksanakan...
Walaupun ada hukum faraid, tapi hukum tu pun takkan berjalan lancar kalau takde WASI... Terpaksa melalui proses yang panjang dan rumit..
Jadi, tak kira muda sihat lagi ka, harta tak banyak lagi ka, anak2 dah besar2 ka.. Kita taktau macamana keadaan kita bila mati nanti..
Jom buat wasiat siap2, sebelum sampai waktunya kelak, supaya waris2 kita takkan kesusahan..

Hubungi saya segera untuk keterangan lanjut..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Wednesday, August 12, 2015

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Kepada golongan isteri2, sediakanlah payung sebelum hujan.. Walaupun tak hujan, kalau panas terik pun bagus jugak ada payung..
Sayangilah diri sendiri lebih dari menyayangi orang lain.. (Kecuali kat anak2 dan ibu bapa baru takpa nak sayang lebih..)
Buatlah deklarasi HARTA SEPENCARIAN semasa hubungan masih harmoni..
Bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk anak2 jugak..
Andaikata suami hulur borang POLIGAMI, isteri boleh cepat2 hulur dokumen HARTA SEPENCARIAN!! Baru la betul...
Hubungi saya segera untuk keterangan lanjut..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Tuesday, August 11, 2015

Kelebihan Wasiat

Salah satu kelebihan wasiat ialah kita boleh agihkan sebahagian harta kepada waris bukan faraid atau kepada bukan waris.. Contohnya kawan rapat, cucu, sepupu, anak saudara, anak tiri, anak angkat, anak kucing, dan sebagainya.. (Kalau kat barat, memang ada orang yang wasiatkan harta pusaka kepada kucing kesayangan tau.. Pelik2..)
Gambar hiasan: kucing kesayangan.. maaf ye Calico, takde bahagian harta pusaka untuk awak.. silap2 awak pulak yang akan dipusakakan kepada waris nanti haha..

Tanpa wasiat, sayang macamana pun kita terhadap mereka ni, kemungkinan besar mereka takkan dapat langsung harta pusaka walau sesen pun.. Kecuali dgn budibicara/simpati waris2 faraid yang lain lah..
Kalau takde pertalian darah dan takde pertalian perkahwinan, maka takleh jadi waris faraid..

Jadi, jom buat wasiat - kalau kita ada waris bukan faraid atau bukan waris yang kita nak agihkan harta pusaka kepada mereka..
Hubungi saya segera untuk keterangan lanjut..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Monday, August 10, 2015

Buat Wasiat Sebelum Pegi Haji

Kepada bakal2 jemaah haji atau sesiapa yang ada kaum keluarga yang bakal mengerjakan ibadah haji..
Jom kita selesaikan dulu harta kita di dunia sebelum berangkat ke tanah suci untuk memastikan keluarga kita dapat meneruskan kehidupan andaikata selepas ketiadaan kita nanti..
Kenapa wasiat haji?
1) Perlantikan wasi atau pentadbir
2) Penulisan wasiat segera
3) Tak perlu kemukakan geran / S&P / dokumentasi
4) Boleh dipinda dalam masa 1 tahun secara percuma
5) Berkuatkuasa serta merta
6) Pembahagian harta secara Faraid atau sama rata
Hubungi saya segera untuk keterangan lanjut..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Semua Orang Ada Harta..

Jom buat perancangan harta pusaka sementara kita masih diberi kesempatan oleh Allah SWT. Yang muda rasa takde harta? Inilah antara harta2 yang kebanyakkan kita ada.
Sepatutnya ianya akan memberi kemudahan kepada keluarga yang ditinggalkan kelak. Namun kalau tak dirancang dan diuruskan, sebaliknya ia akan menyusahkan dan mungkin menyebabkan keluarga kita teraniaya nanti.
Hubungi saya untuk keterangan lanjut
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Sunday, August 9, 2015

Wasiat Adalah Tanggungjawab

Mengadakan wasiat adalah tanggungjawab setiap orang.. Tak perlu tunggu dah tua atau dah sakit tenat baru nak buat.. Sebab mati itu pasti, dan kita taktau bila kita akan mati..
Orang muda dan sihat pun mati juga.. Macam dalam katun ni..
Wasiat ni umpama kunci yang dapat membuka harta pusaka yang terkunci..
Tanpa wasiat, kena habiskan banyak masa, tenaga, dan dana untuk membukanya..
Jangan sampai kita tinggalkan org tersayang dalam keadaan teraniaya dan kesusahan..

Hubungi saya untuk penerangan lanjut secara percuma
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Friday, August 7, 2015

Pemilihan Wasi Di Dalam Wasiat

Dalam wasiat, kita boleh namakan individu sebagai wasi. Individu tu mestilah waris.
Namun, mungkin akan timbul beberapa kesulitan jika melantik individu sebagai wasi. Antaranya:
1) wasi tak amanah
2) wasi berat sebelah
3) berlaku pertelingkahan
4) wasi tak tahu apa nak buat
5) wasi malas buat keje
6) wasi buat keje slow
7) wasi mati dulu - ni memang masalah besar kena explain lebih sikit - kalau wasi ori mati, walaupun dia dah buat proses separuh jalan, proses tu kena mula balik from zero bila ditukar dengan wasi baru - kalau takde wasi gantian yang dilantik dalam wasiat, maka kena lantik pentadbir pulak, dan proses akan jadi macam tanpa wasiat
8) kos tinggi, waris kena keluar duit sendiri
9) tempoh waktu nak selesai jadi panjang
Pilihan lain selain daripada wasi individu, pewasiat juga boleh melantik sebuah syarikat amanah seperti as-Salihin Trustee Berhad (aST) sebagai wasi.
Dengan melantik as-Salihin Trustee Berhad sebagai wasi, kesulitan2 di atas tu dapat dielakkan sebab:
1-3) syarikat amanah tiada kaitan kekeluargaan dan tiada hak ke atas harta pusaka, maka tidak terpengaruh dengan krisis2 keluarga yang seterusnya mungkin akan menjejaskan pengagihan
4-6) syarikat amanah yang berpengalaman dan berkemahiran akan melaksanakan tugas pentadbiran harta pusaka dengan cekap dan pantas
7) syarikat amanah akan terus wujud dan takkan mati, takde masalah proses tergantung kalau wasi mati
8) kos pentadbiran akan diambil melalui harta pusaka pewasiat, bukan daripada waris pewasiat
9) tempoh jadi singkat sebab takde masalah2 ni...
Jadi, buatlah pertimbangan dan lantiklah wasi yang dapat mengelakkan daripada membebankan waris dalam proses pengagihan harta...
Hubungi saya untuk penerangan lanjut secara percuma
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Promosi Wasiat Musim Haji

Promosi kepada bakal2 jemaah haji yang akan berangkat ke tanah suci Mekah mengerjakan ibadah haji tak lama lagi..
Kalau ada yang ingin membuat wasiat secara segera sebelum berangkat tapi agak kesuntukan waktu, boleh buat dulu wasiat dengan as-Salihin Trustee Berhad yang isi kandungannya mudah, cepat dan menyeluruh.
Lepas dah balik semula ke tanah air nanti, wasiat tadi boleh dinaiktarafkan semula kepada wasiat yang lebih lengkap dan terperinci isi kandungannya.
Promosi sah sehingga 30 September 2015 sahaja..

Hubungi saya untuk penerangan lanjut secara percuma
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Monday, August 3, 2015

Pentadbiran Harta Pusaka

Bicara pentadbiran harta pusaka..
Kalau tanpa wasiat, memang sangat rumit proses nak dapatkan surat kuasa mentadbir harta pusaka..
Dengan wasiat, proses tu akan lebih mudah dan pantas..
Namun, lepas dah dapat Grant of Probate (GP - jika ada wasat) atau Letters of Administration (LA - jika takde wasiat), proses seterusnya, iaitu pengagihan harta pusaka, pun satu proses yang rumit dan memakan masa yang lama jugak.. Kena pegi ke bank2, syarikat2 insurans/takaful, kwsp, pejabat tanah, jpj, tabung haji, dan sebagainya.. penat..
Kalau lantik wasi/pentadbir individu, isu2 kemahiran dan pengalaman boleh menjejaskan kecekapan proses agih harta.. Pastu mungkin timbul jugak isu jika ada persengketaan antara waris dan pentadbir.. ada pulak isu amanah ke tak amanah ke.. dan sebagainya...
as-Salihin ni sebuah syarikat amanah yang dibenarkan untuk dilantik sebagai wasi bagi mentadbir harta pusaka pewasiat..
InsyaAllah proses pengagihan harta pusaka akan berlaku dengan lebih cekap dan amanah.. Sebab adanya kemahiran dan pengalaman..
Hubungi saya untuk penerangan lanjut secara percuma
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Pentingnya Perancangan Harta Pusaka

Salam warga Malaysia..
Syawal dah nak habis dah nih..
Dalam menyambut kegembiraan nih, ada jugak kita dengar berita2 sedih sahabat2 atau kaum keluarga yang pergi meninggalkan kita buat selamanya.. Sebab sakit ke, kemalangan ke, hilang ke.. Macam2..
Kematian itu satu kepastian.. Tapi sejauh manakah kita dah buat persediaan dari segi kebajikan anak2 generasi penerus yang pasti kita akan kita tinggalkan satu hari nanti..
Kepada ibu bapa di luar sana, terutamanya yang anak2 masih kecil2 lagi, buatlah perancangan harta pusaka semasa masih sihat dan berkelapangan ni.. Jangan tunggu sehingga dah takde peluang..
Hubungi saya untuk penerangan lanjut secara percuma
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad