Sunday, April 3, 2016

Tuntutan Harta Sepencarian

Ada tiga keadaan yg membolehkan seseorang membuat tuntutan harta sepencarian terhadap harta pasanganya:
1) kematian
2) penceraian
3) poligami (ni bergantung kepada negeri)


Mengikut faraid, jika berlaku kematian, isteri hanya memperolehi 1/8 daripada harta pusaka suami. Ini bererti, rumah peninggalan suami yang diduduki isteri juga perlu dibahagikan secara faraid.
Isteri boleh meminta belas ehsan waris (ibubapa suami) atau dengan cara membuat tuntutan di Mahkamah Syariah sebagai harta sepencarian namun ada beberapa isu yang mungkin timbul:
1. Tiada ketentuan terhadap harta mana yang akan diperolehi.
2. Proses yang melecehkan.
3. Kemungkinan persengketaan dengan ibubapa mertua atau adik-beradik suami.
4. Juga kemungkinan bersengketa dengan anak.
Pada ketika itu, suami telah meninggal dunia dan tidak berupaya untuk membantu isterinya.

Jika berlaku penceraian/poligami pula, isteri mungkin akan kehilangan rumah tempat tinggal..

Jalan penyelesaian tuntutan Harta Sepencarian adalah dengan membuat deklarasi harta sepncarian sementara suami/isteri masih hidup dan masih harmoni bertujuan:
1. Penzahiran takat sumbangan suami/isteri.
2. Dokumentasi harta sepencarian sebagai bukti di Mahkamah Syariah.
3. Membantu mahkamah membuat keputusan.
4. Dapat menunaikan hak kehartaan pasangan masing-masing sewajarnya.
5. Menyenangkan waris membuat tuntutan.
6. Dapat pelihara kenangan bersama dalam harta yang dihasilkan.

Kebaikan :
1. Deklarasi ini akan mengeluarkan harta tersebut daripada harta pusaka dan tidak tertakluk kepada pembahagian faraid.
2. Dokumen boleh digunapakai apabila tuntutan harta sepencarian dibuat dalam hal perceraian dan poligami.
3. Menjimatkan masa - dapat percepatkan pembahagian harta pusaka yang lain.
4. Harta yang masih dalam pinjaman/hutang boleh diberikan melalui Deklarasi Harta Sepencarian berbanding Hibah (hanya harta yang bebas hutang boleh dihibahkan).

#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat

www.facebook.com/pusakaharta

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.
Sufyan Bakir
0133156405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

No comments:

Post a Comment