Sunday, September 27, 2015

Biacara Hutang dan Wasiat

Dalam dok membicarakan perihal harta pusaka, bahagian itu dan bahagian ini, perkara penting yang perlu diingat oleh waris ialah perihal hutang.


Menurut hukum Islam, hutang merupakan perkara yang mesti dijelaskan dan tidak akan lupus sekalipun kita sudah meninggalkan dunia.
Terdapat dua jenis hutang, iaitu hutang dengan manusia dan hutang dengan Allah.

Jadi, yang paling utama, sebelum harta pusaka diagihkan, hutang si mati perlu lah dijelaskan dahulu, seperti yg tertulis dalam surah an-Nisa ayat 12 dan hadith "sesungguhnya roh orang mukmin itu tergantung dengan sebab hutangnya. Sehinggalah hutangnya dijelaskan." (Bukhari Adn At-Tirmizi)

Di sini lah peranan wasiat, di mana wasi yang dilantik bertanggungjawab untuk melangsaikan hutang si mati dengan harta pusaka tersebut terlebih dahulu.. Selebihnya baki2 harta itu barulah menjadi hak waris2 dan diagihkan sebagai rezekinya yg ditentukan oleh Allah..


Untuk keterangan lanjut, bolehlah hubungi saya..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner

Wednesday, September 23, 2015

Ilmu vs. Harta

Kalau ada duit singgit, sharing dengan 10 orang, sorang dapat sekupang je..
Tapi kalau ada satu ilmu, sharing dengan 10 orang, sorang dapat satu ilmu jugak.. Kalau dikumpulkan balik dah jadi 10 manfaat..
Kalau sharing dengan 100 orang? 1,000?
Kalau duit singgit tu, bila dah share dengan 10 orang tadi, tinggai la kosong kupang kat kita..
Tapi kalau ilmu, sharing dengan 10 orang ka, 100 orang ka, 1,000 orang ka, kita punya ilmu yang satu tu tetap ada kat kita, tak luak pun..
Jom sharing ilmu..
Waris. Bukan semua waris kita adalah waris faraid. Bergantung kepada situasi, tak semua waris berhak terhadap harta pusaka.
Ilmu tentang faraid dan perancangan harta pusaka pun masih ramai lagi umat Islam yang tak berapa nak faham..
Misi menyampai kefahaman tentang faraid dan pentingnya berwasiat serta perancangan harta dalam Islam diteruskan..
Jangan biarkan harta kita, umat Islam, tertunggak lagi tanpa diagihkan dengan sempurna kepada waris2 yang berhak..

https://www.facebook.com/pusakaharta
#jomwasiat
#mudahnyaberwasiat

Untuk keterangan lanjut, bolehlah hubungi saya..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Monday, September 21, 2015

Hak Baitulmal Terhadap Harta Pusaka

Harini nak share sikit pasai situasi keluarga macamni..
Pasangan suami isteri yang anaknya semua perempuan..
Si suami pulak mak ayah dah takde, dan takde adik beradik lain (anak tunggal kot, atau adik beradik lain semua dah meninggal dunia dulu)..


Jika si suami meninggal dunia, pengagihan harta pusaka si suami mengikut hukum faraid adalah seperti dalam katun tu..

Di situ ada bahagian yang akan menjadi hak baitulmal..
(kalau anaknya hanya seorang perempuan, pembahagiannya lain sikit.. isteri 1/8, anak 1/2, baitulmal 3/8)

Ramai orang terlepas pandang hak baitulmal ni.. Ataupun beranggapan, 'tak perlu lah bagi bahagian kat baitulmal tu, diri atau keluarga sendiri lebih memerlukan..'
Jangan..

Kalau ada bahagian hak baitulmal, memang kena jugak lah bagi hak tu ke baitulmal.. Kalau tidak, harta pusaka yang kita gunapakai tu adalah harta batil.. Sanggupkah? Akibatnya kita sendiri lah yang akan tanggung nanti..

Tapi bahagian hak baitulmal ni kita boleh bawak berbincang dengan pihak baitulmal.. Samada memohon supaya pihak baitulmal melepaskan hak tersebut, ataupun mengurangkan bahagiannya andaikata diri atau keluarga kita amat memerlukan bahagian itu. Lagipun antara tanggungjawab baitulmal kan menjaga kebajikan umat islam juga..

Andaikata kita tak dapat bagi bahagian tersebut terus kepada pihak baitulmal pun, paling2 kita gunakanlah bahagian tersebut ke arah kebajikan.. Sedeqah ke, amal jariah ke, wakafkan ke.. Asalkan jangan digunapakai..

https://www.facebook.com/pusakaharta
#jomwasiat
#mudahnyaberwasiat

Untuk keterangan lanjut, bolehlah hubungi saya..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Waris-waris Asas Faraid

Ini dia waris2 asas faraid..


Dulu2 saya pun confuse jugak kalu berlaku kematian yang melibatkan waris bertingkat2 ni.. Kalau ada moyang ke, datuk ke, ayah ke, (atas moyang sebut apa?)

Rupanya waris2 asas faraid cuma lingkungan kelompok seperti dalam gambar ni sahaja.. Iaitu anak2, suami isteri dan mak ayah sahaja..

Yang cerita pakcik makcik, adik beradik bagai tu, diorang hanya akan dapat mewarisi harta si mati jika si mati dah tiada ayah dan tiada anak lelaki sahaja.. Barulah pembahagian harta akan melibatkan mereka.. Tapi itu pun sepatutnya bukan hanya menuntut hak harta semata2 lah.. Tanggungjawabnya pun kena pikul sekali.. Bukan la main sedap2 je nak tuntut harta..

Wasiat penting, tapi ramai yang ambik endah tak endah, tangguh bertangguh sampailah berlaku kematian, waris keluarga jadi kalut bagai... Mula la ada yg bertikam lidah dan sebagainya.. Nak2 nya harta pusaka yang ditinggalkan tu berkepuk2.. Sebab ramai yg tak tahu pasai ilmu faraid serta wasiat ni dengan jelas..

Jom berwasiat sementara masih diberi peluang untuk kemudahan waris2 kita kelak.. Tak kira muda atau tua.. Anak2 pun dah boleh start bantu mak ayah mengadakan wasiat.. (mentality org tua ni biasalah bila sebut bab wasiat agak sensitif dan negatif) bagi kita yang muda ni eloklah pahamkan mereka kepentingan wasiat dan akibat2 jika takde wasiat..

https://www.facebook.com/pusakaharta
#jomwasiat
#mudahnyaberwasiat

Untuk keterangan lanjut, bolehlah hubungi saya..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Kalau Anak Perempuan Semua


Saya banyak ditanyakan berkenaan ibu bapa yang hanya mempunyai anak2 perempuan sahaja. Bagaimana pembahagian hartanya.
Saya pun tak terkecuali dari kes ni sebab situasi saya jugak ada 4 orang anak dara sahaja.. (Anak teruna tunggu calon2 menantu jelah.. Anak jugak kan?)
Apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang, waris tau je tentang pembahagian hak harta jika si mati tak mempunyai anak lelaki. Haknya mau dituntut tapi tanpa disedari penuntutan hak sepatutnya datang dengan tanggungjawabnya sekali.
Andaikata tanggungjawabnya tak boleh dipikul sekali, ada baiknya hak pun tak payah dituntut.. Lebih baik biarkan ibu kanak2 perempuan tersebut yang menjaga anak2nya dgn harta2 yang telah ditinggalkan tu.
Tapi semua tu dah tertulis dalam hukum faraid. Yang mana perlu difahami tanggungjawabnya juga.. Maka di situlah kepentingan berwasiat. Sekurang-kurangnya dengan berwasiat kita boleh agihkan bahagian yang sepatutnya kepada anak2 perempuan dan isteri kita (jika tiada waris lain yang membantah).

https://www.facebook.com/pusakaharta
#jomwasiat
#mudahnyaberwasiat

Untuk keterangan lanjut, bolehlah hubungi saya..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Wednesday, September 16, 2015

Wasiat dan Hukum Faraid

Harini nak sentuh pasai pembahagian harta ikut hukum faraid..

Pasangan suami isteri dengan waris2 faraid masing2 

Guna gambar katun je lah..
Situasinya ialah pasangan suami isteri yang kedua2nya masih mempunyai mak ayah yang masih hidup, dan 3 orang anak, 2 lelaki, 1 perempuan..
Situasi pertama, suami mati dulu meninggalkan yang lain..
Situasi kedua, isteri yang mati dulu..
Andaikata masing2 mempunyai harta bernilai RM 1 juta setiap sorang masa mati tu.. Pembahagian harta ikut hukum faraid adalah macam dalam gambar katun tu..

Apabila suami meninggal, harta beliau diagihkan ikut hukum faraid macamni..

Apabila isteri meninggal, harta beliau diagihkan ikut hukum faraid macamni..

Boleh faham la kot..
Esok2 kita cerita pasai siapa waris2 faraid dan siapa pulak waris2 bukan faraid..

https://www.facebook.com/pusakaharta
#jomwasiat
#mudahnyaberwasiat

Untuk keterangan lanjut, bolehlah hubungi saya..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Harta suami dan harta isteri


Ada orang yg terlepas pandang ataupun tak berapa faham tentang ni..
Tak boleh himpun semua harta kedua2 suami dan isteri dalam satu wasiat.. Satu wasiat hanya untuk satu orang sahaja.. Dalam wasiat suami hanya nyatakan harta hak milik suami sahaja untuk pengagihan.. Begitu jugak isteri, dalam wasiat dia, hanya harta hak milik isteri sahaja.. Takleh campur2..
Kalau rumah atas nama kedua2 suami isteri pulak, hanya separuh daripada bahagian masing2 sahaja yang boleh letak dalam wasiat masing2 utk pengagihan..
Gitu..
Bila dah tak keliru, mudah lah sikit nak buat wasiat kan..

https://www.facebook.com/pusakaharta
#jomwasiat
#mudahnyaberwasiat

Untuk keterangan lanjut, bolehlah hubungi saya..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Saturday, September 12, 2015

Hukum Faraid Takkan Berlaku Secara Otomatik...

Kisah semalam..
Pentingnya berwasiat, bukan setakat pengagihan harta, tapi yang lebih utama ialah perlantikan wasi (pentadbir harta)..
Ramai yang beranggapan 'dah ada hukum faraid, buat apa buat wasiat'..
Hakikatnya, proses pembahagian harta ikut faraid tu takkan berlaku secara otomatik.. Kena jugak ada manusia yang melaksanakan proses tu.. Samada orang tu wasi yang dilantik oleh pewasiat dalam wasiatnya, ataupun pentadbir yang dilantik melalui persetujuan semua waris faraid si mati (kalau takde wasiat)..


Dengan wasiat, proses perlantikan wasi dan pengagihan harta pusaka adalah lebih mudah dan pantas berbanding kalau takde wasiat..
Alhamdulillah lagi sorang sahabat yang berjaya difahamkan kepentingan perancangan harta dan seterusnya berwasiat..


Misi menyampai kefahaman pentingnya berwasiat dan perancangan harta dalam Islam diteruskan..
Jangan biarkan harta kita, umat Islam, tertunggak lagi tanpa diagihkan dengan sempurna kepada waris2 yang berhak..

https://www.facebook.com/pusakaharta
‪#‎jomwasiat‬
‪#‎mudahnyaberwasiat‬

Untuk keterangan lanjut, bolehlah hubungi saya..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad​

Thursday, September 10, 2015

Bila berpindah dari Alam 'A' ke alam 'B'


Kematian itu satu kepastian.. Setuju?
Takde orang yang boleh lari daripada kematian.. Setuju?
Semasa kita masih hidup di Alam 'A', kehidupan kita dipenuhi dengan segala macam perkara.. Anak2, kaum keluarga, sanak saudara, sahabat handai, harta benda, pekerjaan, amal, ilmu kita, dan macam2 lagi..
Tapi bila sampai masanya kita berpindah dari Alam 'A' ke Alam 'B', kita takkan boleh nak bawak satu pun perkara2 tadi tu sekali dengan kita dari sana ke sani.. Semua kena tinggai sana.. Tanam sekali pun dia takkan sampai..
Satu perkara yang orang selalu lupa, HuTaNG.. Ini pun kita akan tinggai jugak kat sana... Samada hutang duit dengan orang ke, ataupun hutang kita dengan Allah (miss solat, miss puasa, miss zakat, etc.).. Semua hutang2 tu kena bayar balik.. Kalau tidak kita takkan sampai ke makam yang sempurna..
Bila kita dah kat Alam 'B', apa akan jadi kat perkara2 yang kita tinggai kat Alam 'A' tu? Siapa yang nak urus tadbir? Nak selesaikan hutang2 dan agihkan harta pusaka dan pelihara kebajikan keluarga?
Di sinilah pentingnya berwasiat. Agar dapat kita lantik wasi yang akan mewakili kita kelak untuk selesaikan semuanya nanti..
Dengan wasiat, diri kita pun insyaAllah akan selamat di Alam 'B', waris2 dan harta pusaka pun akan selamat jugak di Alam 'A'..
Kalau takde wasiat, silap2 hutang2 pun takde sapa yang nak tolong selesaikan, waris2 pun menyumpah seranah sebab tinggaikan beban hutang dan harta pusaka  yang tak dapat nak agihkan dengan sempurna..  Apa jadi kat kita kat Alam 'B'?
Untuk keterangan lanjut, bolehlah hubungi saya..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Tuesday, September 8, 2015

Mudahnya Berwasiat

Kisah semalam..

Sharing tentang kepentingan wasiat dan perancangan harta pusaka kepada kenalan baru melalui sahabat Prudential Amir Zakaria.. Alhamdulillah bertambah lagi seorang umat Islam yang berwasiat..


Lepastu petang2 sempat ngeteh (nescafe ais sebenarnya) dengan geng2 Prudential Ipoh sambil sharing2 jugak tentang wasiat dan memperkenalkan syarikat as-Salihin Trustee Berhad..
Misi untuk meramaikan lagi orang yang berwasiat, agar harta umat Islam yang tertunggak takkan bertambah lagi..
Statistik terkini, hanya 5% je umat Islam (Melayu) di Malaysia yang ada wasiat.. Lagi 95% masih belum ada wasiat.. RM67 Billion harta tertunggak (kebanyakannya harta umat Islam)..

Mudahnya berwasiat..
Proses nak buat wasiat sebenarnya mudah je.. Tak susah mana pun.. Lepastu bila dah berwasiat, akan memudahkan jugak waris2 kita kelak..
Mudahnya berwasiat..

http://pusakaharta.blogspot.com
https://www.facebook.com/pusakaharta
‪#‎jomwasiat‬
‪#‎mudahnyaberwasiat‬

Untuk keterangan lanjut, bolehlah hubungi saya..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Akibat Takde Wasiat


Macam dalam movie 3 abdul, bapak depa Ismet Ulam Raja mati tinggalkan banyak harta tapi takdak wasiat.. last2 semua harta pusaka dibolot oleh abang2 yang berdua tu, yang adik tinggai dapat rumah je sebijik yang macam muzium yang bakal runtuh lagi 2-3 tahun tu..
Sebab pembahagian tak adil, berat sebelah, pertelingkahan antara adik beradik berlaku..
Kesudahannya, putus saudara, dek kerana harta pusaka, dek kerana takdak wasiat..
Jangan sampai anak2 kita jadi macamni akibat kita tak buat perancangan harta pusaka..
Jom siap2 rancang harta kita sementara masih ada peluang nih..

https://www.facebook.com/pusakaharta
‪#‎jomwasiat‬

Hubungi saya untuk keterangan lanjut..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad