Wednesday, October 14, 2020

RISIKO HIBAH MUTLAK

RISIKO HIBAH MUTLAK

Berehat banyak lagi tepu berbanding keluar beraktiviti sebenarnya. 

SB nak share drama hibah sikit. Bukan drama, tetapi reality. SB ambik kisah ni dari sahabat IEP Kanda Sheila Hanniff melalui kisah client dia. 

Jom kita selami bagi yang kena dok kat rumah PKPB ni... Sambil baca sambil selami kisah hibah mutlak. 

Salam.. 

Kanda semalam jumpa seorang client ni. Fatherly sungguh orangnya. Seorang businessman yang sangat berjaya. 

Asalnya nak jumpa di sebuah hospital untuk melawat family beliau tapi sebab kerja office, beliau terpaksa tukar untuk jumpa di office.

Sesampai sahaja di office kanda dihidangkan secawan tea dan goreng pisang besar-besar.. 

Client ni mention kat kanda, beliau sebenarnya dah tak banyak harta sebab semua dah bagi siap-siap kepada anak-anaknya. Baik di Malaysia mahupun di luar negara. 

Kenapa beliau transfer semua adalah disebabkan desakan family yang takut beliau kawin 2,3,4.

Semasa dengar cerita tu, kanda ingat Tuan Client ni bahagia sebab semua aset dah transfer ke isteri & anak-anak. 

Beliau terus sambung... 

"Tetapi saya perasan saya tak patut bagi semua siap-siap"

Bukan sebab beliau nak sangatkan harta atau nak kawin lain.. 

"Kalau saya nak kawin lain, saya tak perlu risau or takut or apa-apa pun sebab saya ada almost segalanya Allah bagi."

"Banyak properties yang saya tukar nama tetapi banyak jugak yang telah anak-anak saya jual. Mereka tak inform saya.

Tahu-tahu saya pergi nak duduk, dah dijual. Lepas tu saya check satu-persatu hampir semuanya telah dijual.. Cucu-cucu pun saya tak sempat bagi."

"Asal saya orang susah Sheila.. Saya usaha sampai ke tahap ini.. Kerusi office you tengok ni pun biasa. Cuba you tengok office anak-anak saya 1 kerusi you duduk nilai dia ribuan.."

Kanda banyak dengar je semalam..

Simpati tu ada tapi beliau tak risau pun sebenarnya sebab semua perniagaan beliau urus sendiri dan mempercayai diri sendiri lebih dari mempercayai orang lain. Jadi untuk recover back tu mudah.

Betullah orang kata hibah aset siap-siap ni sebenarnya tak semestinya satu jalan yang terbaik. Risikonya tinggi.

Ada jalan yang lebih baik dan selamat untuk melindungi pemilik asset di hari tua yang belum tentu ada orang nak jaga.

Gambar hiasan jer.

Itulah cerita petang ni... Jom kita asar dulu. 

-SB-

PUSAKA KERETA LAMA..

 PUSAKA KERETA LAMA..


"Saya takde harta.. Hanya ada satu kereta buruk je.."

Kereta buruk ke, kereta baru ke, ianya tetap pusaka yang perlu diuruskan.

Tambah pulak waris yang ditinggalkan ialah waris bawah umur. Hak faraid mereka tidak boleh dinafikan. 

Bawah ni merupakan contoh perintah yang dikeluarkan dan kos yang dikenakan untuk menguruskan pusaka "kereta lama".


Pusing ikut mana pun, nak urus pusaka ni memang perlukan duit. Akan ada je kos-kos yang bakal terlibat. 

Antaranya nak setelkan hutang tertunggak, bayaran nialian faraid kepada waris bawah umur atau waris yang menuntut hak dan tidak ketinggalan fee pentadbiran pusaka. 

Sebagai pemilik harta, rancanglah awal, bersedialah awal tanpa membebankan waris-waris yang ditinggalkan. 

Jangan pandang remeh urusan pusaka.

-SB-

Wednesday, March 1, 2017

KAMI KE ABU DHABI

Temui kami di sana. Hubungi kami untuk book apoinment mengikut waktu dan tempat yang bersesuaian dengan anda:

Wednesday, December 28, 2016

KASIH ANAK ANGKAT...

Ahamdulillah selesai signing perancangan harta pusaka untuk sorang Wak kenalan2 referal kawan sekampungnya..  Dan juga kenalan kepada rakan IEP Md Hanafi Ab Kadir.

Asalnya wak ni pegi berurusan di Pejabat Tanah tapi tak selesai katanya.. Makin lama makin risau tak boleh tido memikirkan perihal pusaka.

Risau dengan situasi diri yang keseorangan setelah kematian isteri dan meninggalkan sorang anak angkat yang dibela dari kecik.. ( dari kalangan anak saudara sendiri ). 

Syukur dapat membantu dari segi peace of mind untuk wak ni..

Buatla perancangan awal.. Kita merancang tp pengahirannya serahkan kepada yg Maha Kuasa.. Tapi sekurang2 nya ada perancangan..

Alhamdulillah dan Syabas wak ada kesedaran awal.... 

"Why worry on uncertainties when u have an option to make it certain. Hope for the best but prepare for the worst."

#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

www.facebook.com/pusakaharta
www.pusakaharta.blogspot.com

Sufyan Bakir
Senior Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

 

Tuesday, December 27, 2016

HIBAH JADI HIBA..

HIBAH JADI HIBA..

Lagi kisah benar dan sebenar.. Mak hibahkan rumah kepada anak perempuan, bila anak perempuan meninggal, suami anak perempuan halau mak mentua... 

 


Salah rancang hibah boleh jadi hiba.. Orang keliling hanya boleh sebut 

" kesian...."

Jom ambik tahu sampai paham.. Buat perancangan harta mengikut kesesuaian. 

Hope for the best.. Prepare for the worst n 

"Why worry on uncertainties when u have an option to make it certain."

#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

www.facebook.com/pusakaharta
www.pusakaharta.blogspot.com

Sufyan Bakir
Senior Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

KENALI WARIS FARAID KITA..

🌅 Kenali waris asas faraid kita... 

🌅 Buat perancangan harta pusaka awal2..

🌅 Harta pusaka kita bukan sahaja milik isteri dan anak2 sahaja.. 

🌅 Jangan ketepikan waris faraid yang lain begitu sahaja takut waris yang tinggal termakan harta batil pulak kelak.. Termakan hak orang lain... 

"Why worry on uncertainties when u have an option to make it certain."

#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

www.facebook.com/pusakaharta
www.pusakaharta.blogspot.com

Sufyan Bakir
Senior Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

 

Wednesday, August 24, 2016

PERKHIDMATAN IEP as-Salihin Trustee Berhad

Alhamdulillah... Penjelasan yang jelas atas ketakpastian bila dah sign wasiat.. Byk perkara2 berbangkit yg perlu diberi pencerahan..


Inilah antara tugas dan khidmat yang diberikan oleh kami sebagai IEP as-Salihin Trustee Berhad. Perkhidmatan terus ke rumah. Buat sampai jelas dan bertindak. Tq Sheila n abang Jaffar..


#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

www.facebook.com/pusakaharta

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.
Sufyan Bakir
0133156405
Senior Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad