Tuesday, October 6, 2015

Perihal Hukum Faraid


Faraid ni merupakan sistem pembahagian harta pusaka yang berlandaskan perintah Allah dalam Al-Quran.. Harta si mati, macamana nak dibahagikan kepada waris2 yang berhak..
Ada orang beranggapan tak perlu lah buat wasiat ni, sebab dah ada sistem faraid, ikut sistem tu je lah..
Namun begitu, sistem ni takkan dapat berjalan tanpa ada orang yang menjalankannya.. Orang yang nak menjalankannya tu lah dinamakan wasi ataupun pentadbir.

Macam katun tu lah jugak, umpama kenderaan, perlu ada pemandu baru lah kenderaan tu boleh berjalan..

Jadi, untuk sistem faraid tu berjalan, perlulah ada perlantikan wasi ataupun perlantikan pentadbir.

Kalau takde perlantikan tersebut, maka takdelah driver yang akan menjalankan pembahagian harta mengikut faraid tu..

Kalau nak lagi penjelasan, jom kita jumpa sembang2 lagi lanjut, boleh temui saya kat:

TH Hotel, Kelana Jaya, pada
7 Oktober 2015 (Rabu),
7:30 - 10:00 malam (masuk percuma, makanan ada disediakan)

atau pada

12 Oktober 2015 (Isnin), di
Safira Country Club, Seberang Jaya, Pulau Pinang
7:30 - 10:00 malam (masuk percuma, makanan ada disediakan)


Untuk keterangan lanjut, bolehlah hubungi saya..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner

Wasiat dan Insurans/Takaful Hayat


Wasiat ni nak dekat sama dengan insurans/takaful hayat.. Sebabnya, masa pemiliknya masih hidup, memang susah nak nampak manfaatnya.. Malahan, memang takde manfaat pun semasa pemilik masih hidup..

Tapi bila pemiliknya mati, barulah manfaatnya tu akan tiba..

Cumanya, manfaat tu hanya boleh dinikmati oleh waris2 yang ditinggalkan sahaja.. Pemiliknya takleh menikmati, sebab dah mati..

Tapi mudah2an di alam seterusnya nanti, setelah mati, pemilik wasiat dan jugak insurans/takaful hayat tersebut dapat jugak menikmati ganjarannya, iaitu disebabkan meninggalkan waris2 dalam keadaan yang tidak meminta2 dan tidak teraniaya..

Lindungilah keluarga dan harta anda dengan berwasiat dan bertakaful..

Jom!


Untuk keterangan lanjut, bolehlah hubungi saya..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner

Kerjaya Fardhu Kifayah

Salam..

Peluang kerjaya atau pendapatan sampingan melalui fardhu kifayah!


Masih ramai umat Islam di Malaysia ni yang tak berapa nak faham sangat tentang hukum faraid, dan jugak pentingnya perancangan harta pusaka, khususnya melalui penulisan wasiat.

Macam2 benda boleh berlaku kalau takde kefahaman pasai perkara ni.. Mungkin harta pusaka kena tipu, kena kebas dengan orang yang tak sepatutnya ada hak faraid pun, ataupun pertelingkahan antara adik beradik dan kaum keluarga sebab tak puas hati dengan pembahagian, putus saudara lah (macam dalam cerita Tiga Abdul), harta tertunggak takleh nak guna pakai (wang dalam bank beku, rumah/tanah takleh tukar nama, takleh jual, dsb.), dan macam2 lagi..

Ilmu dan kefahaman pasai perkara ni sangat penting, tapi tak semua dan tak ramai orang berpeluang mempelajarinya.. Kadang2 cari kat internet pun susah nak jumpa..

Tapi kalau taktau pun takpa, asalkan ada orang lain dalam komuniti yang tau dan boleh membantu di kala memerlukan.. Itu lah fardhu kifayah..

Sekarang, ini dia, ada peluang.. Peluang terbukak luas.. Untuk dapatkan dan praktikkan ilmu dan kefahaman mengenai perancangan harta pusaka Islam.
Peluang melalui perniagaan sebagai Islamic Estate Planner (IEP) mewakili as-Salihin Trustee Berhad..

Sesiapa yang berminat, akan diadakan Business Opportunity Presentation (BOP) seperti dalam gambar tu, boleh tengok..

Ada di Kelana Jaya, Seberang Jaya, dan JB (tarikh lain2).. Kalau boleh lapangkan masa, tenaga, dan minda, dijemput hadir pada mana2 lokasi dan tarikh tu lah..

Jom sama2 kita sambil buat perniagaan, sambil buat fardhu kifayah.. Bantu umat Islam yang lain merancang harta agar tiada lagi pusaka umat Islam yang tertunggak tak dapat dimanfaatkan.. (setakat ni ada RM 67 Billion yang tertunggak)

Adakah anda rasa "TERPANGGIL" untuk sama2 membantu orang2 Islam di luar sana yang masih tidak peka dengan perancangan harta pusaka? Rakan2 bukan Islam pun sudah ada yang sanggup mendalami Ilmu Faraid semata2 ingin membantu rakan mereka yang beragama Islam.
Jom sama2 terokai bidang perancangan harta pusaka Islam.

Jom!


Untuk keterangan lanjut, bolehlah hubungi saya..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner

Sunday, September 27, 2015

Biacara Hutang dan Wasiat

Dalam dok membicarakan perihal harta pusaka, bahagian itu dan bahagian ini, perkara penting yang perlu diingat oleh waris ialah perihal hutang.


Menurut hukum Islam, hutang merupakan perkara yang mesti dijelaskan dan tidak akan lupus sekalipun kita sudah meninggalkan dunia.
Terdapat dua jenis hutang, iaitu hutang dengan manusia dan hutang dengan Allah.

Jadi, yang paling utama, sebelum harta pusaka diagihkan, hutang si mati perlu lah dijelaskan dahulu, seperti yg tertulis dalam surah an-Nisa ayat 12 dan hadith "sesungguhnya roh orang mukmin itu tergantung dengan sebab hutangnya. Sehinggalah hutangnya dijelaskan." (Bukhari Adn At-Tirmizi)

Di sini lah peranan wasiat, di mana wasi yang dilantik bertanggungjawab untuk melangsaikan hutang si mati dengan harta pusaka tersebut terlebih dahulu.. Selebihnya baki2 harta itu barulah menjadi hak waris2 dan diagihkan sebagai rezekinya yg ditentukan oleh Allah..


Untuk keterangan lanjut, bolehlah hubungi saya..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner

Wednesday, September 23, 2015

Ilmu vs. Harta

Kalau ada duit singgit, sharing dengan 10 orang, sorang dapat sekupang je..
Tapi kalau ada satu ilmu, sharing dengan 10 orang, sorang dapat satu ilmu jugak.. Kalau dikumpulkan balik dah jadi 10 manfaat..
Kalau sharing dengan 100 orang? 1,000?
Kalau duit singgit tu, bila dah share dengan 10 orang tadi, tinggai la kosong kupang kat kita..
Tapi kalau ilmu, sharing dengan 10 orang ka, 100 orang ka, 1,000 orang ka, kita punya ilmu yang satu tu tetap ada kat kita, tak luak pun..
Jom sharing ilmu..
Waris. Bukan semua waris kita adalah waris faraid. Bergantung kepada situasi, tak semua waris berhak terhadap harta pusaka.
Ilmu tentang faraid dan perancangan harta pusaka pun masih ramai lagi umat Islam yang tak berapa nak faham..
Misi menyampai kefahaman tentang faraid dan pentingnya berwasiat serta perancangan harta dalam Islam diteruskan..
Jangan biarkan harta kita, umat Islam, tertunggak lagi tanpa diagihkan dengan sempurna kepada waris2 yang berhak..

https://www.facebook.com/pusakaharta
#jomwasiat
#mudahnyaberwasiat

Untuk keterangan lanjut, bolehlah hubungi saya..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Monday, September 21, 2015

Hak Baitulmal Terhadap Harta Pusaka

Harini nak share sikit pasai situasi keluarga macamni..
Pasangan suami isteri yang anaknya semua perempuan..
Si suami pulak mak ayah dah takde, dan takde adik beradik lain (anak tunggal kot, atau adik beradik lain semua dah meninggal dunia dulu)..


Jika si suami meninggal dunia, pengagihan harta pusaka si suami mengikut hukum faraid adalah seperti dalam katun tu..

Di situ ada bahagian yang akan menjadi hak baitulmal..
(kalau anaknya hanya seorang perempuan, pembahagiannya lain sikit.. isteri 1/8, anak 1/2, baitulmal 3/8)

Ramai orang terlepas pandang hak baitulmal ni.. Ataupun beranggapan, 'tak perlu lah bagi bahagian kat baitulmal tu, diri atau keluarga sendiri lebih memerlukan..'
Jangan..

Kalau ada bahagian hak baitulmal, memang kena jugak lah bagi hak tu ke baitulmal.. Kalau tidak, harta pusaka yang kita gunapakai tu adalah harta batil.. Sanggupkah? Akibatnya kita sendiri lah yang akan tanggung nanti..

Tapi bahagian hak baitulmal ni kita boleh bawak berbincang dengan pihak baitulmal.. Samada memohon supaya pihak baitulmal melepaskan hak tersebut, ataupun mengurangkan bahagiannya andaikata diri atau keluarga kita amat memerlukan bahagian itu. Lagipun antara tanggungjawab baitulmal kan menjaga kebajikan umat islam juga..

Andaikata kita tak dapat bagi bahagian tersebut terus kepada pihak baitulmal pun, paling2 kita gunakanlah bahagian tersebut ke arah kebajikan.. Sedeqah ke, amal jariah ke, wakafkan ke.. Asalkan jangan digunapakai..

https://www.facebook.com/pusakaharta
#jomwasiat
#mudahnyaberwasiat

Untuk keterangan lanjut, bolehlah hubungi saya..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Waris-waris Asas Faraid

Ini dia waris2 asas faraid..


Dulu2 saya pun confuse jugak kalu berlaku kematian yang melibatkan waris bertingkat2 ni.. Kalau ada moyang ke, datuk ke, ayah ke, (atas moyang sebut apa?)

Rupanya waris2 asas faraid cuma lingkungan kelompok seperti dalam gambar ni sahaja.. Iaitu anak2, suami isteri dan mak ayah sahaja..

Yang cerita pakcik makcik, adik beradik bagai tu, diorang hanya akan dapat mewarisi harta si mati jika si mati dah tiada ayah dan tiada anak lelaki sahaja.. Barulah pembahagian harta akan melibatkan mereka.. Tapi itu pun sepatutnya bukan hanya menuntut hak harta semata2 lah.. Tanggungjawabnya pun kena pikul sekali.. Bukan la main sedap2 je nak tuntut harta..

Wasiat penting, tapi ramai yang ambik endah tak endah, tangguh bertangguh sampailah berlaku kematian, waris keluarga jadi kalut bagai... Mula la ada yg bertikam lidah dan sebagainya.. Nak2 nya harta pusaka yang ditinggalkan tu berkepuk2.. Sebab ramai yg tak tahu pasai ilmu faraid serta wasiat ni dengan jelas..

Jom berwasiat sementara masih diberi peluang untuk kemudahan waris2 kita kelak.. Tak kira muda atau tua.. Anak2 pun dah boleh start bantu mak ayah mengadakan wasiat.. (mentality org tua ni biasalah bila sebut bab wasiat agak sensitif dan negatif) bagi kita yang muda ni eloklah pahamkan mereka kepentingan wasiat dan akibat2 jika takde wasiat..

https://www.facebook.com/pusakaharta
#jomwasiat
#mudahnyaberwasiat

Untuk keterangan lanjut, bolehlah hubungi saya..
Sufyan Bakir
013-315 6405
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad